English Malay

   

 

 
     
 
TAHARAH GLOBAL (M) SDN BHD telah bermula sejak tahun 2003 dengan melakukan pembangunan jenama “Taharah” secara berperingkat-peringkat dengan hanya mengeluarkan sabun mandian Taharah semata-mata di samping memberi penumpuan sepenuhnya ke atas penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi produk-produk penjagaan diri dan kosmetik berasaskan Rumpai Laut dan Tanah Liat.
 
Kini syarikat Taharah Global (M) Sdn Bhd telah melangkah ke hadapan menuju era globalisasi di mana syarikat telah berjaya mengembangkan perniagaan dan fungsi dengan mengeluarkan beberapa rangkaian produk penjagaan diri dan kosmetik berasaskan tanah liat dan rumpai laut yang pertama di Malaysia selaras dengan seruan kerajaan “ Pertanian Adalah Perniagaan”. Syarikat kini telah berjaya mengeluarkan sebanyak 10 jenis produk penjagaan diri dan kosmetik berasaskan rumpai laut dan tanah liat bagi memenuhi permintaan di dalam dan di luar negara.
 
 
  Kami menawarkan:  
 
  Sabun Mandian Taharah Sabun Kecantikan Lavender Aromatheraphy  
  Marine Crystal Spa Lulur Badan Serum Pemutih  
  Gel Pengelupasan Kulit Syampu Gel Mandian  
  Menstrual Wipes Losyen Pelembap Debu Tayamum  
  Cucian Wanita Tisu Pelembap (minyak tea tree)