PROGRAM YANG DITAWARKAN DI TAHARAHKURSUS JANGKA PANJANG (5-6 bulan) - JURUKECANTIKAN (BEAUTICIAN) TAHAP 1
- JURUKECANTIKAN (AESTHETICIAN) TAHAP 2
KURSUS JANGKA PENDEK - RAWATAN MUKA
- KURSUS SOLEKAN PERIBADI
- KURSUS SOLEKAN ANDAMAN
- PEDICURE DAN MEDICURE
- KURSUS ANATOMY & FISIOLOGY ( BODY SELF MASSAGE)
- URUTAN AROMATERAPI
- URUTAN SELEPAS BERSALIN
- MANDIAN SPA ( SAUNA, LULUR, TANGGAS )
- KURSUS DANDANAN RAMBUT ASAS
- KURSUS KETRAMPILAN (GROOMING)
- KURSUS PEMBUATAN KOSMETIK ASAS
- KURSUS PEMASARAN / PENGURUSAN
PERLAKSANAAN PROGRAM JANGKA PANJANG Kursus-kursus ini beroperasi di Prima Damansara, Petaling Jaya dan kini melebarkan pasarannya di Kuala Terengganu, Terengganu. Tempoh Kursus: Kursus-kursus di atas dijalankan secara separuh masa. Semua aktiviti kursus seperti kuliah, bengkel, tutorial, perbincangan dan lain-lain dijalankan di Taharah Academy. Bagi kedua-dua kursus tersebut, tempoh latihan adalah selama 3-6 bulan di mana pada bulan terakhir adalah tempoh bagi latihan praktikal (On Job Training) di organisasi atau syarikat yang dipilih. Kaedah Pembelajaran & Penilaian: - Pelajar akan diajar berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang disediakan oleh pihak MLVK yang dikenali sebagai NOSS (National Occupational Skill Standard).
- Menggunakan Learning Guide yang dibangunkan berdasarkan NOSS sebagai panduan pembelajaran.
- Menghadiri kuliah, bengkel kecantikan.
- Latihan amali.
- Pembelajaran dijalankan menggunakan Bahasa Malaysia dan English.
Pelajar dinilai dengan memfokuskan kepada portfolio calon yang lengkap dan akan disahkan ketrampilannya oleh Pegawai Penilai, Pegawai Pengesah Dalaman dan juga oleh Pegawai Penilai Luaran. PERLAKSANAAN PROGRAM JANGKA PENDEK Kaedah pelaksanaan program adalah berdasarkan kepada peruntukan dan tempoh yang dipersetujui. Modul-modul program akan dipilih bersesuaian dengan jumlah peruntukan yang disediakan. Antara modul-modul latihan dan kursus yang ditawarkan. KANDUNGAN KURSUS YANG DITAWARKAN / MODUL LATIHAN & SILIBUS KURSUS KECANTIKAN BAB 1 : ASAS PENGURUSAN KECANTIKAN 1.1 Pengenalan 1.2 Etika dan Teori Kecantikan 1.3 Aplikasi BAB 4 : KECANTIKAN DIRI 4.1 Pengenalan 4.2 Kecantikan luaran 4.3 Kecantikan dalaman BAB 5: TERAPI DAN PENGURUSAN MINDA 5.1 Kaedah Terapi 5.2 Pengurusan Minda BAB 6 : PERAWATAN MUKA 6.1 Penjagaan asas 6.2 Urutan Muka 6.3 Menggunakan masker BAB 7 : MAKE – UP DAN ANDAMAN 7.1 Persediaan make - up 7.2 Koordinasi warna 7.3 Teknik pembentukan wajah (shading) 7.4 Mengenakan make-up 7.5 Make-up siang 7.6 Make-up malam 7.7 Make-up konsep 7.8 Make-up stage 7.9 Teknik terkini BAB 8 : RAWATAN ALIS KENING 8.1 Jenis alis kening 8.2 Alatan yang digunakan 8.3 Proses rawatan KURSUS DAN DANDANAN RAMBUT BAB 1: RAWATAN RAMBUT 1.1 Asas Keselamatan 1.2 Asas Kebersihan 1.3 Peralatan yang digunakan 1.4 Segmentasi 1.5 Teknik Asas Syampu 1.6 Teknik Asas Penyegar 1.7 Pengayaan Rambut 1.8 Teknik-Teknik Terkini Pengayaan Rambut KURSUS RAWATAN SPA, PEDICURE, MANICURE BAB 1: PRINSIP DAN PENGURUSAN SPA 1.1 Pengenalan, Sejarah dan Etika Spa 1.2 Rekabentuk, Pembangunan Spa 1.3 Perundangan 1.4 Pengurusan Spa BAB 2: TERAPI MINDA 2.1 Kaedah Terapi 2.2 Pengurusan Minda BAB 3: PERALATAN DAN PRODUK SPA 3.1 Jenis peralatan dan produk 3.2 Kebersihan dan penjagaan alat dan produk BAB 4: PERAWATAN SPA 4.1 Pengkelasan Rawatan 4.2 Kaedah perawatan BAB 5: ANATOMY DAN FISIOLOGI 5.1 Asas Sistem Muscular, Vascular 5.2 Sistem Penghadaman 5.3 Sel, Tisu dan kulit BAB 6: JENIS / KAEDAH MASSAGE 6.1 Urutan aromaterapi 6.2 Urutan Tradisional 6.3 Urutan Selepas bersalin BAB 7: JENIS-JENIS MANDIAN SPA 7.1 Lulur Badan 7.2 Mandi Sauna 7.3 Mandian Tradisional BAB 8: RAWATAN KUKU DAN TANGAN 8.1 Alatan yang digunakan 8.2 Jenis-jenis rawatan 8.3 Proses rawatan 8.4 Kaedah rawatan KURSUS PEMBUATAN KOSMETIK BAB 1: KURSUS PEMBUATAN ASAS 1.1 Asas Pemahaman Bahan Mentah 1.2 Biologi Kulit & Rambut 1.3 Perundangan & Kawalan Keselamatan Produk BAB 2: KURSUS PEMBUATAN BERASASKAN BAHAN 2.1 Formulasi Produk 2.2 Bahan-Bahan Asas Pembuatan 2.3 Langkah Keselamatan dan Kebersihan 2.4 Perundangan dan Amalan 2.5 Amali & Praktikal KURSUS PEMASARAN BAB 1: Pengenalan Pemasaran Asas BAB 2: Prinsip Asas / Teori Pemasaran BAB 3: Strategi Pemasaran BAB 4: Kemahiran Komunikasi BAB 5: Motivasi Diri KURSUS & YURAN PENGAJIAN Yuran pengajian bagi seorang peserta selama tempoh seperti berikut : Kursus Yang Ditawarkan | Tempoh Kursus (Hari) | Yuran Pengajian (RM) | Kursus Kecantikan | 3 Hari | | Rawatan Muka | | 350.00 | Solekan Peribadi | | 350.00 | Solekan Andaman | | 350.00 | Pedicure / Manicure | | 350.00 | Kursus Dandanan Rambut | 1 Minggu | | Dandanan Rambut Asas (Siri I) | | 500.00 | Dandanan Rambut Lanjutan (Siri II) | | 900.00 | Kursus Rawatan Spa | 5 Hari | | Anatomy & Fisiology ( Body Self Massage) | | 600.00 | Urutan Aromatherapy | | 800.00 | Urutan Selepas Bersalin | | 1,000.00 | Mandian Spa | | 600.00 | Kursus Pembuatan Produk Kosmetik | 5 hari | | Kursus Pembuatan Asas | | 1,850.00 | Kursus Pembuatan Berasaskan Bahan | | 2,500.00 | Kursus Lain | 2 hari | | Kursus Keterampilan (Grooming) | | 280.00 | Kursus Pemasaran | | 280.00 | Kursus Gubahan Bunga | | 280.00 | **** Kadar yuran pengajian tidak termasuk penginapan dan makan pelatih. KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN YANG DITAWARKAN Kepakaran Mempunyai kepakaran dalam bidang kecantikan dan penjagaan diri melalui tenaga-tenaga pengajar yang berkelayakan serta diiktiraf dari segi akedamik dan pengalaman. Pihak Taharah Academy juga menyediakan satu modul khas bagi setiap para peserta mengikut pecahan golongan bagi membuka minda ke arah hala tuju diri dan perniagaan masing-masing melalui “Terapi dan Pengurusan Minda”. Modul Khas Melalui modul ini, para peserta pada peringkat awal akan didedahkan dengan Teknik Terapi dan Pengurusan Minda. Ini bertujuan supaya para peserta dapat melihat dengan lebih jelas ke mana arah tuju diri mereka dengan menggunakan kaedah dan teknik-teknik yang tertentu bagi memastikan perjalanan sertab hala tuju mereka adalah dilandasan yang betul berdasarkan dunia perniagaan yang sebenar. Kaedah yang ditekankan adalah secara yang praktikal dan tidak bergantung kepada teori semata-mata. Perkhidmatan Kaunseling dan Klinik Pihak Taharah Beauty Academy juga turut menyediakan khidmat kaunseling dan runding cara kerjaya serta program klinik usahawan bagi memberi nasihat dan tips-tips bagi menjalankan perniagaan serta penyelesaian masalah kepada sesiapa yang memerlukan dalam program khas yang akan dijalankan. Kemudahan Makmal Menyediakan kemudahan makmal yang bertaraf GMP serta peralatan yang berkualiti bagi memudahkan para pelajar melakukan gerakerja praktikal bagi kursus pembuatan kosmetik. Bilik Kuliah Di Taharah Academy kami menyediakan bilik kuliah yang interaktif serta sesuai untuk pembelajaran. Bilik kuliah yang selesa dilengkapi dengan penghawa dingin dan perabot yang menepati ciri-ciri dan piawai yang ditetapkan. Boleh memuatkan kira -kira 60 orang pelatih dalam satu-satu masa. Bilik Rawatan Bilik rawatan adalah antara bilik yang disediakan di Taharah Academy untuk kemudahan pembelajaran. Di sini pelajar berpeluang menjalankan latihan pratikal sukatan pelajaran yang berkaitan. Ia dilengkapi dengan pelbagai peralatan moden dan terkini. Kemudahan Penginapan Pihak Taharah Academy menyediakan kemudahan asrama kepada para pelatih yang memerlukan. Antara kelengkapan yang disediakan di asrama seperti katil, tilam, bantal, televisyen, dapur masak, kipas serta peralatan lain. Kemudahan tempat yang disediakan mampu menampung seramai 60 orang pelatih setiap masa. Kemudahan Lain Lain-lain kemudahan seperti bilik solat, tandas, kawalan keselamatan dan sebagainya disediakan. PERSIJILAN Peserta / pelatih yang berjaya menamatkan pengajian akan di anugerahkan sijil- sijil seperti berikut : - Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) – SKM 1,2 (Kursus 6 bulan)
- Sijil Taharah Global (M) Sdn Bhd – Kursus Jangka Pendek
|